Monday, 2 October 2017

Misteri bakul baju

Dah lama mama pendam kan satu misteri yang terjadi dalam rumah ni. Mama dah tak tahan lagi, kena cerita jugak mana tau ada yang senasib.
'Benda' ni dah lama berlaku. Makin dibiar makin menjadi-jadi.
Waktu zaman anak baru 2 orang mama tak perasan lagi. Bila lahirnya cikkembo anak jadi 4, terasa ketara benda ni mengganggu.
Lahirnya ank ke5 lagi terasa yang amat misteri nusantara.
Makin dibiar, makin menjadi-jadi
Makin mencanak-canak dia mengganas.
Mama buntu dengan misteri ni. Harini mama setelkan, tak lama dia penuh semula.
Harini kosong,
Tiba-tiba sekejapan penuh melimpah 2 bakul full.
Misteri sungguh. Tak pernah kosong!
Harap ada yg mampu rungkaikan misteri ini.
#edisiseram
#meremangke

Sabtu aritu mama update status kat atas tu. Biasa la hari minggu UP status pasal kerja-kerja rumah tangga yang tak pernah habis ni kan. Ada sorang kawan mama komen 'mesti kain baju belambak dalam bakul nak kene setel kan. .'

Malangnya salah tekaan dia tu,..hahah mama bukan nak bangga diri dan memuji diri sendiri tapiiiiiii.. kat rumah ni memang takde bakul baju bersih makna nya takde kain berlonggok! Mama punya style angkat dari ampain terus asingkan ikut kategori dan terus lipat. Sebab mama rimas dan tak suka bila angkat buh dalam bakul, mesti selonggok kan..nampak macam banyaaaaaaak gila lagi takde mood nak lipat. Bila dah siap asing macam tu nampak sikit je. 

Pengasingan mama terbahagi pada 4 kategori.

1. orang tua iaitu mama dan baba

2. baby iaitu dina, dini dan ismail

3. kanak-kanak iaitu amani dan auni

4. spender, spentot, sapu tangan dan stokin (bende-bende kecil)

Mama punya bahagian 1 dan 4. Amani punya bahagian no. 2. Dan Auni punya bahagian adalah longgokan no. 3. Dina, Dini, Ismail belom boleh pikul lagi tugasan ni. Untunglah mereka. Dina Dini teruja nak melipat sama tapi mama tak sanggup tengok hasilnya macam roti canai. Kekadang mama pejam mata gaklah sebab dah melalak-lalak nak lipat kain nak kemas masuk almari sendiri. Bila mama check tengok aduhai mcam tempat kucing beranak. tapi itu keje budak umur 3 tahun lebih. Chill lah mama wehhh

Ok,.persoalannya kenapa sampai takde bakul baju bersih?Mahal sangat ke sampai tak mampu beli?Ntahla. . . tak terfikir pulak kan hahahhaha sebab mama rasa tak perlu kot. Mama duk flat je, umah kecik mama rasa bakul tu mcm menyemakkan keadaan je noks. Lagi satu menyidai pakai hanger, so bukan macam kat kampung sidai atas ampaian memang nak tak nak kena ada bakul kalau tak macam mana nak hangkut masuk rumah, ye tak?

Dan mama rasa, cara mama ni sangat berkesan. Hasilnya mama takde longgokan baju untuk dilipat. angkat je terus lipat. kalau rasa malas nak lipat, takyah angkat dulu hahahah but most of the time memang terpaksa rajin jugak sebab rumah kecik, tak boleh berlama-lamaan tengok kain baju ni.

ni cik kak lipat kain. waktu ni ade lagi bakul baju. si kecik ismail belum wujud lagi ni. gambar lama.setiap bakul tu dah asing siap-siap baju adik-adik dia. senang



ni waktu dah tak guna bakul. dari hanger terus bahagikan pada 4 longgok. kejap je siap kalo buat camni. kalo mama lipat sorang2 semua ni mau bingung mama mung


Gitulah cerita dia,.. setiap emak memang tak suka lipat kain kan rasa macam nak muntah tengok longgokan kain yang tak pernah surut. Bagi yang anak ramai macam mama boleh cuba asingkan ikut kategori camni. Ni nak kata tips,..entahla tak jugak kan cuma a piece of sharing jelah.

ada yang baca ke?

tq gaisssss

much love ;)

mamakayla, mamaof5

Friday, 29 September 2017

krisis identiti

hai korang mesti tengah bz tu takpelah,., mama cuma nak bercakap dengan diri sendiri je ni

mama taktau lah korang penah rasa ke tak perasaan macam ni. mungkin ni krisis identiti bagi orang dah cecah umur 3 angka, atau krisis mengada-ngada dari seorang ibu juga isteri.

ikutkan, umur awal 30-an ni bukanlah terlalu tua dan bukan juga muda melainkan diri sendiri nak perasan muda.

persoalannya mama rasa macam belum 'cukup matang' untuk menjadi ibu kepada 5 anak. mama terfikir. . ada sifat keanak-anakan yang cukup tebal dalam diri ni. matsaleh celup kata 'inner-child'.

macam tak boleh nak pikul tanggungjawab besar ni. mama rasa macam 10 tahun lebih perjalanan sebagai isteri ni berlaku terlalu pantas. terkezut rasanya tau-tau dah ada 5 anak?what?melimpah-limpah rezeki anak yang Allah beri padaa mama kan? orang lain ada yang susah nak dapat anak. kita ni pantang bersenggama, insyaallah melekat la kang kalau tak 'merancang'. . ewah ayat tak tahan

adakah mama sorang rasa macam ni? atau ada korang rasa jugak? kalau ada yang merasainya., mama rasa sedikit lega la kiranya benda ni normal dan mama taklah ganjil dimuka bumi ini.

Ohhh janganla kata ; banyakkan mengaji dan mengingati Allah. . pasti hati mu tenang wahai hamba Allah yang kelihatan keruh wajahnya ini..

Ya,..maama akui takde salah pun pesanan dan nasihat tu, mama setuju. cuma hopefully ada lah antara korang yang se emosi se perasaan dengan mama bab ni. u know what i mean right?

acapkali mama rasa, mama tak layak dapat anak-anak comel dan baik macam ni. sungguh, wallahi anak-anak mama baik sangat biarlah orang kata nak puji anak sendiri pun kan..sebabnya diorang sangat-sangat memahami mama dan baba dia. aduh sebak pulak tetiba tang sini

sebabnya banyak yang kami lalui dan anak-anak jadi saksi segalanya. dan mama kata anak mama baik sebab boleh hidup susah, makan apa yang ada tanpa meminta lebih-lebih. mama tahu diorang teringin macam-macam tapi selalu cakap kesian mama baba. . padahal lagi kesian kat diorang

mama definitely bukan ibu yang baik. kalau ada cctv dalam rumah maka mama sendiri pasti terkejut tengok ulang tayang diri aku sendiri melayan anak macam mana. banyak sangat kurang. dalam pada itu mama sesal dan dalam masa yang sama mama tetap berkelakuan buruk begini,.

mama pernah dengar ada ustaz cakap dulu, anak perempuan ni kene rapat dengan ayah dia dari kecik biar bau ayah dia melekat pada dia dan dia akan rasa secured,. full filled, ntah macam mana nak cakap kiranya anak perempuan ni bila dah besar nanti takkan mudah-mudah nak tangkap lentok kat jantan keparat.

in my case, mama hilang kasih sayang ayah diusia 11 tahun. banyak kenangan waktu umur ni mama lupa dan samar-samar. mungkin sebab ianya terlalu sedih untuk dikenangkan lantas otak mama rejek semua kenangan tu. ntahla macam pakar motivasi tak bertauliah pulak rasa

cuma mama rasa ini ada kaitan dengan sikap mama sekarang,. mama rasa kurang kasih sayang seorang ayah membuatkan mama terumbang ambing waktu remaja seterusnya menjadikan mama bingung di usia 30-an.

taktau boleh pakai ke tidak teori mama ni. namun, sikap kebudak-budakan ni tak boleh hilang dalam diri mama. sebab tu mama akan stress bila ada t/jawab besar terpikul atas bahu ni. mama rasa lemas dan rimas. mama suka freedom, buat apa yg mama suka. sebab ni mama berenti kerja. sebab ni jugak mama tak boleh dengar arahan dari orang. dan benda ni boleh jadi masalah besar bila kau dah bersuami,.dah beranak pinak , namun kau tetap nak ikut kepala kau sendiri. haaaaaaaaaaa gitu

yes..mama dah nampak masalah nya dimana. 

syok jugak tulis-tulis macam ni macam bermonolog dengan diri sendiri tau-tau dapat jawapan. . mama kene banyakkan menulis dan membaca la rasanya. mungkin ini minat yang sesuai dengan diri. ntahla

people said 'life start at 40'. i think i could not agree more on this. because, at this age of my life i still dont know what im doing :P

anyone read this ?

thanks gais.

just my luahan isi hati.


Thursday, 24 August 2017

Kolestrol Tinggi : Punca dan bagaimana cara mengawal

Kolestrol tinggi adalah bahaya dan sering dikaitkan dengan orang berbadan gemuk atau besar. Namun itu adalah salah sama sekali kerana tahap kolestrol yang tinggi dalam darah tidak bergantung pada saiz badan seseorang. Oleh itu tidak pelik jika orang kurus juga mempunyai paras kolestrol yang tinggi.






Kolestrol yang tinggi datangnya dari 2 punca iaitu; pemakanan dan badan kita sendiri. Hati (hepar) dan sel lain dalam badan kita mengeluarkan kira-kira 75% daripada kolestrol darah. 25% selebihnya adalah dari makanan yang kita makan.

Julat yang selamat untuk pengambilan kolestrol adalah antara 200-400mg sehari. Apabila disahkan mengalami kolestrol tinggi, kebiasaannya kita dinasihatkan untuk tidak makan daging, santan, telur atau makanan berlemak lain.

Namun jika tidak berkesan, bolehlah mencuba alternatif lain atau mengambil suplemen untuk membantu menurunkan kadar kolestrol.

Antara tanda yang boleh nampak dari luaran jika anda mengalami tahap kolestrol yang tinggi adalah timbul bintik-bintik putih (biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka, bawah leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.





Sebaiknya jika ingin kurangkan kolestrol, perbaikilah gaya pemakanan dan banyakkan bersenam. Tiada jalan singkat untuk sihat melainkan dengan usaha dan bantuan suplemen yang tepat.

Thanks for reading

Mamakayla
010.294.1344

Thursday, 17 August 2017

Kenapa Anda Perlukan Omega Guard Shaklee?

Ada 6 sebab utama;


1) Penyulingan Molekul Tiga Peringkat untuk ketulenan dan kepekatan.

Proses proprietri ini, memekatkan Omega-3, dan menyingkirkan komponen berbahaya seperti raksa, plumbum, arsenik, kadmium, dioxins dan lain-lain bahan cemar. Minyak ikan Shaklee menjalani proses 'molecular distillation' untuk membuang segala bahan logam merbahaya tersebut.

2) Kualiti Omega Guard terjamin.

Minyak ikan yang digunakan adalah ikan bergred Farmaseutikal. Untuk mendapatkan minyak ikan tulen sebegini, ianya mesti terdiri dari 80% Omega-3. 

3) Mempunyai DHA dan EPA yang tinggi.

Satu sajian Omega Guard memberikan 990mg asid lemak Omega-3 (546mg EPA, 360mg DHA).

4) Mengandungi 7 spektrum lengkap asid lemak Omega-3 tulen yang terhasil secara semulajadi seperti EPA, DHA dan banyak lagi.

5) Bau dan rasa kesan hanyir yang minimum, tiada masalah untuk kanak-kanak dan dewasa untuk mengambil Omega Guard.

6) Diiktiraf oleh Friend of the Sea. Ianya untuk memastikan bekalan berterusan minyak ikan berkualiti tanpa menjejaskan alam sekitar.

Anda perlu milikinya.

Hubungi mamakayla
010.294.1344

Wednesday, 9 August 2017

Keperluan bagi Ibu Hamil Bagi Memastikan Bayi Mendapat Nutrisi Secukupnya

Setelah disahkan hamil, selain meraikan kegembiraan dan kesyukuran perkara utama yang lebih penting perlu diberi perhatian adalah keperluan untuk ibu hamil. Tidak dinafikan ada segelintir ibu-ibu yang memandang enteng perkara ini dan tidak memeranjatkan jika adayang tidak kena dalam proses melahirkan atau keadaan bayi setelah dilahirkan.

Semua kuasa Allah, namun kita disuruh berusaha menjaga anugerah Allah ini sebaik mungkin seawal dari dalam kandungan lagi.

Apa keperluan ibu hamil?

Jelas ketara ibu hamil sangat memerlukan asid folik janin yang baru terbentuk bagi membantu perkembangan sel dan saraf. Malah disarankan pengambilan, sebaik saja sudah berkahwin kerana ada kandungan tidak dirancang bak kata orang tua 'bunting pelamin'.

Zat Besi
Untuk pembentukan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh. Pengambilan zat besi secukupnya juga mengurangkan risiko kelahiran bayi pra-matang.

Kalsium 
Sangat penting untuk pembentukan tulang dan gigi. Ibu hamil yang kekurangan kalsium akan terdedah kepada risiko Preeclampsia yang boleh membawa maut si ibu dan anaknya.

Omega 3
Diperlukan untuk perkembangan otak, membentuk saraf dan menjamin penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber Omega terbaik namun dikhuatiri boleh menyebabkan keracunan merkuri akibat pencemaran sungai. Oleh itu, ambillah suplemen Omega 3 jika khuatir keperluan omega tidak mencukupi.

Selain 4 keperluan diatas, ibu hamil juga perlukan Protein yang lengkap, Vitamin A (tetapi tidak berlebihan), tidur serta rehat yang cukup dan senaman khas untuk ibu hamil.

Boleh klik sini untuk ketahui cadangan set hamil Shaklee.

Thanks for reading :)

Untuk pesanan
010.294.1344
mamakayla



Tuesday, 8 August 2017

Akhirnyaaaaaaaaaaaa

Subhanallah,.......... rasa nak sujud syukur sangat ni tau. nak menangis pun ada. Dah lama mama rindukan blog ni hukhukhuk. Tengok last update 16 September 2015? huiiiiiiii seminggu after mama resign! makna kata lepas resign terus hilang dari radar lani :)

Macam-macam berlaku lepas mama resign. Sampaikan password gmail pun dah lupa sebab iphone rosak. Tukar nombor. Tukar henfon. Pindah balik duk kampung. Bersalin anak ke 5. Yeah 5 dah noks. Kira nya lepas resign tu, sempena resign kita mengandung seround lagi kihkihkih

Kisah hidup mama banyaaaaaaaaaaaaak sangat mengajar erti hidup ni. Tak terkata lah dugaan melanda sepanjang dua tahun ni. Tak ramai yang tahu dan yang tahu tu pun hanya pada surface. Mama dan suami saja yang tahu hingga ke dasarnya. Pedih nak cerita. Dan mama memilih untuk tidak bercerita. Biarlah hanya cerita-cerita manis sahaja yang berlegar dilaman sosial ni ya, yang sedih-sedih kita simpan dilubuk paling dalam.

Mama percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Klise kan kata-kata ni tapi itulah hakikatnya. kalau kita pandang dari sudut positif, tiada satu pun yang berlaku itu sia-sia melainkan Allah nak kita belajar sesuatu. 

Mama happy tak terkata ni sebab blog di berjaya dikesan semula dengan bantuan Mr. Googly yang kacak lagi hensem (perhaps). Percubaan kali pertama dulu tak berjaya. Mama dah sendu mikirkan nak buat blog baru. Aku dah lupa gila macam mana, ibarat nak kene belajar ABC semula. Gitulah lebih kurang payahnya sebab mama bukan pandai sangat bab ni. Dulu buat pun berdikit-dikit, godek sana godek sini. 

Sekarang ni kalau ada bajet kita cantikkan sket blog ni makeup2 kasi cun. cewaaah orang tengah bersemangat camnilah><

Syukur sangat Allah mudahkan urusan mama harini. Rasa macam diberi peluang kedua untuk hidup. Paham tak maksudnya? Betapa pentingnya blog ni. Semoga mama Istiqomah update lepas ni dengan macam-macam info kesihatan dan produk Shaklee.

Stay tuned keh

Luv u all

Thanks for reading =)

Thursday, 17 September 2015

Aku dan tudung labuh..


Macam cerpen dah tajuknya.. ^_^

Assalamualaikum...

Dari dulu lagi mama teringin nak pakai tudung labuh.. Memang teringin sangat.. Tapi takde courage nak pakai.. Ntah kenapa.. Lagi2 untuk ke tempat kerja.. Lagilahhh berat hati nak pakai.. Takutnya orang kata macam2..

'Alim semacam dah skang ni

'Uiii labuhnya macam ostajah

'Macam orang tua.. Ilang cute nya T___T

'Harap tudung je labuh, perangai cam gitu jugak!

Aihhhh... Macam2 pikir apa orang kata!! Setan gondol sungguh la kan... Padahal yang penting apa Allah kata!!!

Masa zaman2 sekolah/remaja dulu suka pakai tudung labuh mak yang memang pure labuh yang old-fashion gile2 tuh(ampon mok) yng kain licin macam kain tudung sekolah kite dulu2 tu kan

Haaa suka pakai dalam umah pahtu mengacau mok kat dapur tukar2 suara (i kan mmg johan ngajuk suara org) pahtu mok ingat ade jiran dtg sbb bertudung labuh kan padahal ank bertuah die ni^^

Pahtu mok cakap 'horrrr comel lotey paka labuh2 gini.. 

Heheeheh

Sampai dah kawin.. Asben pon suka bini die pakai labuh2.. Cuma bini die ni.. Dpt yg labuh2 disingsing2 dikelepet2 jd senteng jgk.. Buh pin atas bahu.. Takut sangat nak tutup bahu tutup ketiak tuh.. Haihhhhh

Tapi bila umur makin meningkat.. Menginjak ke 3 series dah ni (walaupun menutup aurat tak kira tunggu umur dah meningkat) jadi sikit demi sikit ada rasa segan pakai tudung atas dada.. Senteng bahagian belakang.. Tudung yang jarang.. Serkup kepala yang half tu pun rasa tak semenggah dah kalau pakai.. Pelan2 rasa nak ke arah menutup aurat dengan sempurna..

Alhamdulillah.. Dipendekkan cerita.. Join pulak kelas tafsir Al-Quran yang merungkai ayat2 Allah dengan terperinci dan bukan sekadar baca AQ sekadar untuk berlagu dalam bahasa yang tak difahami pulak tu (bahasa Arab)..

Allah... Sungguh.. Dipendekkan cerita lagi... Bertuah sungguh jadi sebahagian dari team tudung labuh Werda yang mana keluaran Sarcasteek (diasaskan Saiful Nang) ini bukanlah calang2 tudung muslimah namun menekankan ciri muslimah yang mukminah!

Bakal dirasmikan pada sabtu 19 sep ni jam 9 pagi di Bangi Sentral (anda semua dialu2kan datang tau ada goodie bag untuk 200 yang terawal)


Ada sedondon untuk mak dan anak:)

Ianya Labuh tidak melekap serta tidak jarang... Tidak panas, fabrik berkualiti & mudah diurus

Yang penting, rekaannya yang sinonim dengan kehendak wanita masa kini iaitu bercirikan solat ready, wudu' friendly & nursing friendly.

Packagingnya juga sangat istimewa yang mana boleh diguna semula. 




Mama belom dapat sample nya sebab tak dapat datang waktu briefing tapi diorang dah try masing2 kata memang fabrik sedap pakai.. Yang penting solat ready! Best sangat gi mana2 tak payah bawak telekung kan.. Bukankah pakaian muslimah yang terbaik adalah yang boleh terus dibawa solat:)

Cantik kan? Sejuk mata memandang.. Perincian kedutan dibahagian depan untuk melindungi aura dada wanita :D

Solat ready:) bukak saja pin atas bahu tu, dah boleh solat..

Ok kalu berminat boleh like page Werda Cheras kat FB ye.. Tu mama nye FB page khas untuk werda.. Korang leh like page official Werda sendiri dan IG pon ada..

Alhamdulillah mama bertudung labuh dah pasni.. Insyaallah.. Ameeennn 

Nak oder?
Roger mama

Jum kembali fitrah...